Thursday, April 05, 2012

Bilamana semangat melayang


masih dalam mood FINAL, doakan ya



*saat tangan gatal menari**

***

Pen di tangan dilepaskan. Kepala di letakkan ke atas meja. "Malasnyaaaaaaa....!" Sekilas memandang checklist disebelah. Respiratory modul belum habis lagi. Parasitiology, microbe dan pharmaco belum sentuh lagi. Aaaiiiihh pening-pening!

Badan bersandar ke dinding dan lappy diangkat ke riba. YM lantas dibuka besar. *senyum* satu nama diklik. 'kacau orang best juga ni..hehe'

"Buzzz!"

5 saat kemudian panggilan masuk diterima.

"Assalamualaikum Cik 'Atiqah.... ada masa pula kacau orang ya?" dia sengih nakal.

Salam dijawab. "boring laa, tak dak semangat" aku buat muka. Hampir 5 hari tak melihat dunia luar, kepala dah rasa tepu. Memanglaa exam ni boleh buat orang 'demam'.

"laa hari tuh semangat bukan main," dia bersuara dalam sengih.

"Nak berjaya mestilah semangat." aku membalas laju.

"Dah ni boleh pula tak semangat, nape?" tanyanya, kening diangkat sebelah.

"Banyaklaa nak kena cover, parasite, pharmaco, microbe....bla..bla..blaa," mengomel lagi.

"Yang pergi bersandar dekat semangat sapa suruh?" Dush! ambil kau. "Nama pun semangat 'Atiqah, ada pasang surut, tak tetap, rapuh, fleksibel. Nak berjaya kena sandarkan pada yang tetap, tegap, kuat." dia bersuara.

"Sandarkan pengharapan, usaha dan segalanya pada DIA. Iman akan menggerakkan semangat dan segalanya tapi kalau semangat saja tak cukup nak menggerakkan, tak gitu?"

dan aku terdiam. Mata memandang jam. 10.30am. Lappy dialihkan ke atas meja. Aku berdiri perlahan.

Dahinya berkerut, "nak ke mana?" merajuk ke?

"Top up energy" aku tersenyum menghantar isyarat terima kasih. =)

dan dia tersenyum lebar jua. Alhamdulillah.

***

Seusai solat. Icon Alia sudah bertukar silver. Mata membaca baris ayat yang ditinggalkan.



"If you have Allah, you have everything you need"
all the best FINAL EXAM
mesti buat yang terbaik =)


***







Ya, jangan sandarkan usaha pada semangat semata-mata
Jika permulaannya adalah benar, pengakhirannya juga insyallah benar
Mulakan dengan bismillah ya, niat itu penting.

1 comment:

  1. Bila semangat melayang hanya satu cara yang ada,kejar n tangkap kembali semangat yang melayang itu...cara nya?hanya dengan mengingati wajah kedua orang tua n tuntutan kita sebagai seorang hamba Nya di atas muka bumi ini...

    ReplyDelete