Friday, April 06, 2012

Cooking time


*Inspirasi dari adikku, hana' yang asyik mengomel. 'kak cik dekat rumah bukan nak masak" =.="*

Cekodok hangit
*bila tangan gatal lagi nak menari*

***

Tepung digaul dengan segelas air. Kemudian ditambah sedikit garam, gula dan minyak. Alhamdulillah siap! Time to cook. Minyak dipanaskan, api disederhanakan. Gumpalan cekodok yang dibentuk dengan sudu diletakkan perlahan-lahan. Heee syoknya makan cekodok panas sambil tengok cerita dengan adik-adik nanti.

Lagu Comfortably crashing berdendang serentak, "kak cik telefon" Amir berlari menghulurkan telefon. Aku lantas mengambil. Jarang dapat call bila dah bermukim di rumah ni.

"Assalamualaikum...." salam diberikan. Suara dihujung talian membalas. Ahh Ain. Aku memandang sekilas cekodok yang sedang bermandi minyak panas, 'masih belum cukup masak'. Warnanya belum lagi cantik.

Lantas kaki bergerak ke hadapan.

"Apa cite?" aku bertanya ringkas dan Ain mula menyambung cerita. Lama aku mendengar.


(adakah telah melupakan sesuatu?)


"Allah!" aku berlari ke dapur, ain dihujung talian bersuara cemas, "kenapa?"

"tarakpapa," mata memandang cekodok yang telah bertukar warna. Hitam!


***

Cekodok diletakkan di atas meja dan aku duduk termenung. Cekodok di pandang. Hmmmm....

"Kak cik hitamnya!" Amir bersuara kuat. Terkejut.

"Entah, mana bleh makan gini," Unfairah menambah.

"Kak cik tak pandai masak," Izzah mengomel. Siap dengan mulut comel dia lagi.

Aku bangun perlahan, pinggan berisi cekodok hitam diambil. Tong sampah dibuka, isi pinggan dituangkan.

"Kalau biarkan diri terus menerus dalam perkara jahat, itulah jadinya. Hati yang asalnya putih bersih, kalau terus biarkan dalam kepanasan jahiliyyah lama-lama akan jadi hitam, hangit macam cekodok kak cik tadi," aku bersuara sambil tersenyum.

"Kalau hati dah hitam macam tuh, siapa yang suka kan?" aku bertanya disambut anggukan adik-adik yang setia mendengar.

"Nah" sepinggan cekodok dihulurkan, kali ini tidak hitam, tidak hangit.

Amir mengambil, "terbaik!"

Unfairah mengangguk.

"Best-best!" Izzah mengangkat ibu jarinya.

"Hati yang bersih juga best!"

***


I told you, I can cook...lalalalala~





Maka, jangan pernah bereksperimen dengan jahiliyyah. Bimbang kelak hatimu akan tersasar~

No comments:

Post a Comment