Saturday, April 28, 2012

Postpone success



A real fighter, fight until the end, to the very last breath
we are the one!


Manusia meletakkan kejayaan itu dengan sesuatu yang hanya boleh dipandang dengan mata. Jika tidak berjaya maka automatiknya mereka itu gagal. *senyum* Betapa sempitnya pemikiran sebegini. 

Adakah apabila mereka tidak berjaya maka mereka perlu berundur? Betapa tidak patutnya pemikiran mereka ini. *kesian*

Ketahuilah orang yang berusaha namun masih belum lagi menggapai apa yang mereka inginkan bukanlah sesuatu kegagalan bagiku. Mereka ini bahkan lebih baik dari mereka-mereka yang lainnya.


Maka, kau tahu apa makna kejayaan?

Kejayaan itu adalah juara dalam pertandingan
Kejayaan itu adalah A dalam pelajaran
Kejayaan itu adalah lulus cemerlang
Kejayaan itu dengan harta yang bertimbun
Kejayaan itu dengan kereta mewah, rumah bertingkat
Kejayaan itu dengan nama yang disanjung dan dijulang

Seriously, itu makna kejayaan anda? Sempit sangat kejayaan anda jika hanya sekadar itu. *senyum lagi*

Ketahuilah inilah makna sebenar kejayaan

KEJAYAAN itu adalah keupayaan untuk bergerak dari satu kegagalan atau kekecewaan tanpa ada rasa kehilangan keinginan dan semangat untuk berjaya. 

Dalam erti kata lain, mereka yang benar-benar berjaya adalah mereka yang tidak pernah memadamkan obor semangat dan keazaman mereka, mereka ini adalah orang-orang yang terus berusaha, mereka ini adalah orang-orang yang tidak memperlahankan langkah mereka apatah lagi menghentikannya. Mereka biarpun diejek, dipandang serong tetap tidak henti-henti membaiki diri.

Dan mereka ini adalah orang yang super duper hebat orangnya dengan meletakkan Allah dihadapan dan dalam setiap langkah mereka. Mereka ini adalah orang yang faham akan [12:87] dan [13:11] dan [2:45]

MEREKA ITULAH ORANG YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA. Tidakkah dikau memerhatikan? Lebih baik dari kamu yang meletakkan kejayaan ditempat terendah.

Maka dikau, jangan disangka mereka yang seringkali gagal itu tidak punya harapan. Mereka yang tidak berjaya itu akan berterusan tidak berjaya. Mungkin suatu hari nanti kau akan mendongak untuk melihat mereka. =)

dan jangan disangka juga yang memiliki tangga atas akan terus-terusan begitu.
  




Someone need to stand up
to give voice that need
to be the shoulder to lean on
don't deserve to be pity, don't need tear
but strength to move on!


p/s: sesuatu yang sudah menyakitkan jangan dikau tambahnya lagi!


No comments:

Post a Comment