Friday, December 21, 2012

That happened

#sungguh ini bukan cerpen sekadar contengan memori

dan itulah saat aku jatuh cinta ::alhamdulillah::


Tangan dah menggeletar, bibir diketap kuat. Sakit! Baju terasa sedikit basah dengan peluh. Badan dah mula terasa panas. 

Air liur ditelan perlahan, nafas diatur dengan payah. Jam di dinding dijeling, lagi 5 minit. Esok, tutorial, praktikal aargh homework sonnet 18. Kaki digagahkan berdiri namun belum apa-apa lutut dah bertemu lantai, tangan menahan badan dari jatuh. Pening.

Air liur ditelan lagi. Kepala menghitung-hitung masa dengan kerja yang perlu disiapkan.

"Sempat insyallah" Bila belajar semua fakulti insan kena pakai, bukan dalam keadaan badan begini. Badan direbah, selimut ditarik menutupi seluruh badan. "Oh Allah, ease my day" Lelap.

***

Keriuhan pelajar pulang dari prep malam membuatkan dia terjaga sekejap sebelum kembali lena.

***

"Ty, art bangun, makan ubat ni dulu"  Dahi berkerut, terganggu.

"Ty" bahu digoncang lembut. Perlahan mata dibuka. Wajah senior ditatap dan kemudian mata kembali pejam.

"Ty"

"Hmmmm..." 

"Makan ubat"

"Tak nak" Degil

Dahi terasa sejuk "Panas ni, makan ubat dulu"

"Tak nak!" suara dah mula meninggi.

"Ty"

"Tak nak, tak suka!" Badan dipalingkan arah bertentangan.

Senyap

"Ty" bahu ditarik kehadapan "bangun" 

Kepala makin pening, bosan.

Dia bangun mendadak, ubat dan gelas di tangan senior dirampas kasar sebelum disumbat masuk. 

"Dah?" sempat dia bertanya sebelum kembali baring, selimut ditarik dan badan menghadap ke dinding.

***

Malamnya dia terjaga, lapar. Baru teringat tadi tak sempat berbuka pun. Tangan menyentuh dahi, patutlah sejuk ada tuala lembab rupanya. Daun? Kepala berpaling ke sebelah kiri, senior. Kelihatan senior tidur beralaskan tangan di birai katil. Dia menarik nafas, serba salah. Mata kembali pejam.

***

"Ty", bahu terasa digoncang "bangun, sahur"

Mata dibuka perlahan, suhu badan dah kembali normal cumanya kepala masih berdenyut. Dia duduk.

"Nah" pinggan di tangan dihulurkan.

Wajah senior dipandang sepi. 

"Kenapa?"

Kepala digeleng perlahan, sudu dimainkan.

"Makanlah dah nak subuh dah pun" senior kembali menghadap buku.

"Hmmm.."

***

Pagi itu, dialah penghuni pertama blok akademik. Mujur segala kerja sempat disiapkan. Benar barangkali slogan "Bila badan sihat, otak pun cergas". Barangkali. Selesai, nafas lega ditarik. Tutorial kimia! Lupa. dan itu adalah kerja berkumpulan, semalam janji untuk selesaikan. Part dia memang dah selesai tapi teammates yang lain. Tangan mengurut leher. Habislah.


"Assalamualaikum" 

Salam dijawab perlahan. 

"Awal hari ni?" 

Senyum.

"Dah sihat ke?" Beg diletakkan di atas meja. 

"Alhamdulillah" Buku dikemas sebelum bangkit mengikuti Suria. Roll call.

"Untunglah sakit ada orang jaga" 

Bahu dijungkit, "errr tutorial kimia korang dah buat belum?" serba salah.

Senyum "Dah siap, beres"

Dahi berkerut, "Erh?"

"Senior tolong semalam, bersungguh dia tak bagi kacau kau"

"ooo"

"Semalam kau memang menakutkan, temperature tinggi habis. Dan yang paling risau, seniorlah. Hampir-hampir nak call warden tapi senior kata bila kau sihat nanti kau akan bunuh kiteorang. Jadi pakai daun bunga raya jerlah"

Memang, hospital tempat paling tak suka dan ubat adalah benda paling dibenci. Maka secara tak langsung dia jadi tidak suka bila ada yang bertindak sebegitu. Haaiiish. *teruk betul*

"Senior, semalamam aku rasa tak tidur"

Langkah terhenti. Kening diangkat.

"Dia risau" diam "tapi kau sedar tak apa kau buat semalam?"

"Hmmm.." angguk perlahan. Tak mungkin lupa.

"Untunglah jadi adik kesayangan ketua biro disiplin"

"Haisss, diamlah"

"Tapi semalam ada orang ponteng prep" Senyum 'kejam'.

Allah! Lupa.










That happened
[dari ini, belajar banyak
terima kasih senior]











"I know you gonna hate me but please pergi hospital nanti"

Senyum
Tak mungkin lepas apa yang berlaku
Cuma kali ini, vise versa, 
ue are da one dat gonna 'hate' me, mungkin
#sungguh malas nak pergi

No comments:

Post a Comment