Thursday, February 07, 2013

3 minit

jangan kita lupa sesama kita

***


"Kau!" buku depan mata diambil, kerusi kiri di hujung meja di tarik.

"Jangan cakap dengan aku" 3 buku tebal di letak tengah-tengah, jadi sempadan.

"Duduk diam-diam" 4 lagi ditambah dari kanan.

Masing-masing kembali sepi.

"Korang ni kenapa?" yang ketiga bertanya. Hairan, tiba-tiba ribut menyapa.

"Kiteorang tengah gaduh" serentak!

"Ooooo, ok" kepala diangguk. Mata kembali menghadap baris kata.

"Erh.. ok?"

"Kiteorang gaduh ni"

Tanda ok ditayang.

"Erh..?"

Sepi kembali

1 minit
2 minit
.
.
3 minit

"Erhh Syas, soalan no 5 tuh nak buat macam mana erh? Nak kena selesaikan yang mana dulu?"

"Mana? Yang 5a ke 5b?" kerusi dirapatkan, buku yang jadi dinding dialih turun.

"Yang ni"


Senyum, betul-betul 3 minit.


***

[FINAL MBBS 2011-2012]




***
maaf 
dengan kau
waktu begini
akan aku pilih 'gaduh'
dari diam
=)
selamat belajar kawan

1 comment: